SINGAPURA: Mantan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) GIC Ng Kok Song berkata, bakal calon presiden George Goh, tersilap tentang kelayakan Encik Ng. Encik Goh pada Jumaat (4 Ogos) berkata, peranan CIO berkemungkinan menduduki tempat "kelima atau keenam" tertinggi dalam sesuatu pertubuhan.
Syarat bertanding jawatan Presiden bagi calon sektor privet menyatakan - pemohon perlu berkhidmat sebagai ketua eksekutif syarikat buat sekurang-kurangnya tiga tahun.
"Saya rasa Encik Goh tersilap. Beliau fikir CIO ialah Ketua Pegawai Maklumat. CIO di GIC bukan Ketua Pegawai Maklumat, beliau ialah Ketua Pegawai Pelaburan. Itu adalah satu perbezaan amat ketara," jelas Encik Ng.
Encik Ng menemui media semasa membuat lawatan ke Pasar Tiong Bahru.
Beliau turut memberi respons terhadap perbandingan antara beliau dengan seorang lagi bakal calon presiden, Tharman Shanmugaratnam.
Kedua-duanya pernah berkhidmat di MAS dan GIC.
Encik Ng berkata mereka berdua menggalas peranan berbeza di GIC.
Encik Tharman ialah penggubal dasar, manakala Encik Ng beri tumpuan kepada melaksanakan strategi-strategi bagi menjana keuntungan pelaburan.
Encik Ng turut menekankan isu-isu seperti kos sara hidup yang tinggi dan keperluan memperkasa golongan belia.
Sumber : CNA/FZ/ss
Comments